BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 22, 2018

22nd July 2018 (2a.m)

Hari ni tanggal 22 Julai 2018 baru boleh on balik blog aku ni. Ntah tiba-tiba boleh buka lagi blog ni. Masuk password dengan tidak sengaja. Tup tup boleh buka. Lame juga meninggalkan blog ni. Bersawang dah rase. Dah boleh dah kot bermain kembali dengan blog ni. Done juga memadam alkisah kisah lama dalam blog ni bila mana rasa benda yang tak penting dan tak perlu untuk berada dalam blog ni. Kalau ikut kan hati mahu sahaja aku delete blog ni. Tapi sayang seribu kali sayang. Banyak kenangan. Kenangan itu perlu ada untuk mengingat kembali. Sekian.


Ofcoz the new me! 

Nota Kaki : Semoga hari esok lebih baik daripada hari semalam. Goodnight world! 😘




Monday, April 9, 2012

8 Sebab Kenapa Ada Orang Suka Tukar Kekasih

Cinta itu sepatutnya berasaskan kepada kejujuran,ketulusan dan kesetiaan? *Macam aku, aku berpegang pada 3 prinsip ni - "kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan" .Tetapi kenapa masih ada  orang yang sanggup bersikap demikian dan tega mempermainkan perasaan orang lain?


1) Mereka orang yang kurang kasih sayang.
Oleh itu mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Kerana itu juga mereka mudah menjadi tamak dan jika menemui orang yang dirasakan lebih menyayangi,mereka dengan mudah juga berubah hati..
2) Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
Apa yang mereka ada dirasakan tidak akan kekal dengan mereka.Oleh itu mereka sentiasa mencari yang dirasakan terbaik tetapi sikap yang tidak yakin dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa ragu serta sukar bertahan dengan apa yang mereka dapat..
3) Mereka orang yang tidak tahu bersyukur.
Dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih kacak,lebih kaya dan sebagainya. Kerana itu mereka tidak pernah menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain jika dirasakan yang lain itu lagi baik..
4) Mereka orang yang tiada pendirian hidup.
Mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam hidup.Kekasih bagi mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan persekitaran atau gaya hidup mereka.Bagi mereka cinta adalah sekadar alasan untuk memperolehi teman bukannya tanggungjawab yang mesti ditunaikan..
5) Mereka orang yang mudah bosan.
Tak dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal dengan satu-satu perkara.Mereka ini suka mencuba sesuatu yang baru yang dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan. Dalam percintaan juga jika merasa bosan dengan kekasih yang ada mereka mula mencari yang baru dan berpindah kasih jika yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka..
6) Mereka orang yang memang suka menipu.
Memang terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri sendiri..
7) Mereka orang yang pentingkan diri sendiri.
Bagi mereka apa yang mereka inginkan tiada siapa yang dapat menegahnya.Mereka ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bila dah dapat apa yang mereka mahukan,mereka sesuka hati akan membuangnya..
8) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk.
Bila mempunyai ramai kekasih mereka fikir diri mereka hebat,macho,cantik,kacak,lawa tetapi hakikat sebenarnya mereka cuba menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain.

Lots of Loves,
Ainol Aiza

Nota Kaki : So sebelum membuat keputusan tu fikir lah semasak-masak nya. Tak semua benda yang kita nak , kita dapat.  Betul tak?  Huhuuuu~ =)

Wednesday, April 4, 2012

kosong tiga kosong empat dua kosong satu dua


03hb April 2012 (11.30pm)

        Tiba-tiba rase nak call. Then bila call tak dapat. owh GOD!  He change number already mei? But why? *juz bagitau wants change number b4 this. Then today bila call tak dapat.* Mane number baru? Tak bagitau pown. So sad. Tadi bila call jew dapat pulak voicemail, air mata tiba-tiba jew menitis. Kenapa? Kenapa macam ni? Tak kan rindu kowt. Sedang kan hati aku dekat dia dah lame lupus+pupus. Then bila dengar lagu ni sambil call dia lagi menitis la air mata.
       Tadi aku beli number baru. Semalam dapat call number yang tak kenal. Aku call boleh pulak dengar orang2 bersembang. Itu siapa aku pown tak tau. Mungkin kah DIA? hurmmm.... Kebetulan number aku ngan orang yang call aku tu dah lebih kurang. Hurm camner tu? Seriously aku tak perasan. Then tadi belek-belek phone boleh pulak nampak number tu same with me. *Lebih kurang la. Siapa tu aku tak tau la.*
        Yang aku tau sekarang ni aku sedih. Tiba-tiba hilang macam tu jew. Adakah sementara atau selama-lama nyew? hurmmmm tak pew la. Layan jew la lagu kat bawah ni.

Allah tak duga kita kalau kita tak kuat. =')




Lots of loves,
Ainol Aiza

Nota Kaki : Kita sebagai manusia hanya mampu BERDOA. Sedih datang hanya sementara. Bersabar Ainol. Bersabar. Be cool. Juz smilez walaupun air mata anda menitis. Ok. cute! =')

Thursday, February 2, 2012

Untung punya RAHIM =)

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami : Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Saje nak letak pic ni. Baru lepas edit tadi. huhuuu =)

 Lots of loves,
Ainol Aiza

Nota KakiBukan utk sesiapa tetapi untuk diri sendiri. So hargai mase yg akan datang. *eh! ape aku merepek la. aduyai nyew pown~ 

Wednesday, February 1, 2012

It's bcoz!!!! Long2 ago???


People cry, not because they're weak.
It's because they've been strong for too long.

*izzit correct sayanggggg? HAHA =D

pic 2012 yang huduh. aduyai nyew pown. pdhal pic ni d ambil hjg thn lepas. hehe ;p
(camner nak rotate pic ni pown aku tak tau. tak ingat dah. dah bertahun tak buka blog ni. SORI.)

 Lots of loves,
Ainol Aiza

Nota Kaki : Utk pembukaan thn 2012 actually penulisan ini. Aduh! ayat pown dah tunggang langgang. coz keadaan diri ini sdg amat mengantok. aduhhhhh (-______-)

Wednesday, April 20, 2011

TIPS jimatkan minyak petrol kenderaan

As a driver. 
I mean pemandu kenderaan okey. 
Bukan untuk orang tetapi untuk diri sendiri. HAHA
Ada beberapa tips untuk di kongsi kan kat dalam blog aku ni.
Sebab nya aku pun memandu kereta jugak. HEHE
Walaupun tak besar kereta ku itu tetapi boleh la di bawa kemana-mana.
Tak kira panas ataupun hujan kereta ku itu lah yang selalu membawa aku kemana-mana sahaja. 



So kat sini aku nak berkongsi la beberapa tips untuk menjimat kan penggunaan minyak petrol.

Tips 1 :- Sentiasa bergerak ke depan
  • Sekiranya anda ingin meletakkan kenderaan di tempat parking, pastikan anda meletakkan kenderaan di dalam keadaan yang tidak memerlukan anda mengundur untuk keluar sebentar lagi. Hal ini memang agak meremehkan.Tetapi hasil daripada kajian pakar menunjukkan anda dapat meningkatkan 25 peratus perjalanan kenderaan sekiranya memastikan kenderaan sentiasa bergerak ke depan. *Tetapi jgn la korang asyik nk drive ke depan jew, di buat nyew kereta tu kena undur korang duk drive ke depan jew. Mau tak xcident nanti. haishhhh~ *
Tips 2 :- Pemanduan yang konsisten
  • Sekiranya anda mengekalkan kelajuan yang konsisten mengikut hadlaju yang telah ditetapkan, anda dapat menambahkan jarak perjalanan antara 12 sehingga ke 55 peratus. *Siyes tak tipu. Aku penah jew buat ape yg d kata kan tu. semua nya betul. Jimat glew minyak. Tapi tade la glew kan. HEHE~ *
Tips 3 :- Matikan enjin
  • Sekiranya anda memberhentikan kenderaan melebihi daripada 10 saat, anda dinasihatkan untuk mematikan enjin. Ini adalah kerana dengan mematikan enjin kenderaan, dapat meningkatkan jarak perjalanan sebanyak 19 peratus. *Ofcoz la kan. Dah mati kan enjin kan, so minyak pon jimat la. Bukan tu jew, malah bateri kereta pun save. Tak gitu. huhuuu *
Tips 4 :- Lebih muatan
  • Untuk setiap 13 kg lebihan muatan yang dibawa oleh kenderaan anda, jarak batu/galon kenderaan anda akan menurun daripada 1/10 sehingga 1/100 peratus. Mungkin kesannya tidaklah terlalu banyak sekiranya jarak perjalanan yang dekat, tetapi untuk perjalanan yang jauh pasti akan menambahkan lagi penggunaan minyak petrol anda. *Memang betul pun. Korang bawak kereta kancil then bawak pulak penuh 1 kancil tu kan. Bila korang nak naik bukit camner. Tentu slow kan. Then nak kena tekan padle minyak tu terlalu kuat so penekanan nyew camner. Korang dapat rase kan tak. ngeeee~ *
Tips 5 :- Elakkan memecut atau memberhentikan kenderaan secara mengejut
  • Memecut atau memberhentikan kenderaan secara mengejut bukanlah satu cara untuk menjimatkan minyak, malah ia adalah pembaziran terhadap penggunaan minyak kenderaan. Cara terbaik adalah dengan memecut atau memberhentikan kenderaan secara perlahan dan berperingkat. *YA. tips ni sungguh berkesan sebenar nyew. Aku penah jew bawak kereta lelaju then tetbe terberhenti secara mengejut kan. Cepat jew anak panah tu turun ke bawah. hurmmmmm~ *
Tips 6 :- Panaskan enjin kereta
  • Sekiranya anda mempunyai beberapa destinasi yang memerlukan anda untuk berhenti, anda dinasihatkan untuk pergi ke destinasi yang paling jauh dahulu. Ketika perjalanan balik barulah anda berhenti di destinasi yang lebih dekat. Ini adalah kerana sekiranya anda mulakan dengan jarak yang tersekat-sekat, kenderaan anda tidak akan mencapai kecekapan yang maksimum. *Ia. Betul tu. Oleh itu panaskan enjin kenderaan sebelum menuju ke destinasi masing-masing ek. Aku sebelum nak pergi memaner jew mesti panas kan enjin kereta dulu. Sebab nya aku akan rase selesa untuk di bawa kemana-mana. wink-wink~ *
Lots of loves,
Ainol Aiza
nota kaki : Memandulah dengan penuh berhati-hati. Ingat lah orang tersayang. Anda mampu mengubah nya. HEHE. (HAHA. Tade kena mengena langsung. So abaikan. HEHE. Yang penting kat sini aku nak bgtau yang aku sayang orang-orang yang aku sayang. terima kasih. )

Tuesday, April 19, 2011

done do MUET♥♥♥

I don't waste much time ruin the past .
I made my decision
and the way to do its the best is ,

Once u make it, u juz dont waver at all .
  U don't think, gosh
What a doctor i would've been
What a tennis player, poker player i couldnt been .

so the test of  the MUET i have done do it juz last week .
yeaahhh peace no war already  .
tats why im busy and no time to update ma blog .
*ngeee~smile*



Lots of loves,
Ainol Aiza

nota kaki : juz thinking bout wat u say before this. and i'll do it.  im never give up okey! juz wait and see. a*i*