BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 9, 2012

8 Sebab Kenapa Ada Orang Suka Tukar Kekasih

Cinta itu sepatutnya berasaskan kepada kejujuran,ketulusan dan kesetiaan? *Macam aku, aku berpegang pada 3 prinsip ni - "kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan" .Tetapi kenapa masih ada  orang yang sanggup bersikap demikian dan tega mempermainkan perasaan orang lain?


1) Mereka orang yang kurang kasih sayang.
Oleh itu mereka biasanya akan mudah jatuh cinta terhadap orang yang dirasakan memberi perhatian dan mengambil berat tentang mereka. Kerana itu juga mereka mudah menjadi tamak dan jika menemui orang yang dirasakan lebih menyayangi,mereka dengan mudah juga berubah hati..
2) Mereka orang yang tidak yakin dengan diri sendiri.
Apa yang mereka ada dirasakan tidak akan kekal dengan mereka.Oleh itu mereka sentiasa mencari yang dirasakan terbaik tetapi sikap yang tidak yakin dan percaya kemampuan diri sendiri membuatkan hati mereka sentiasa ragu serta sukar bertahan dengan apa yang mereka dapat..
3) Mereka orang yang tidak tahu bersyukur.
Dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih kacak,lebih kaya dan sebagainya. Kerana itu mereka tidak pernah menghargai apa yang mereka ada dan akan cepat memilih yang lain jika dirasakan yang lain itu lagi baik..
4) Mereka orang yang tiada pendirian hidup.
Mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka mahukan dalam hidup.Kekasih bagi mereka hanyalah satu keperluan mengikut keadaan persekitaran atau gaya hidup mereka.Bagi mereka cinta adalah sekadar alasan untuk memperolehi teman bukannya tanggungjawab yang mesti ditunaikan..
5) Mereka orang yang mudah bosan.
Tak dinafikan ada sesetengah orang yang sukar untuk kekal dengan satu-satu perkara.Mereka ini suka mencuba sesuatu yang baru yang dirasakan lebih mencabar dan menyeronokkan. Dalam percintaan juga jika merasa bosan dengan kekasih yang ada mereka mula mencari yang baru dan berpindah kasih jika yang baru lebih menyeronokkan bagi mereka..
6) Mereka orang yang memang suka menipu.
Memang terdapat segelintir orang yang memiliki sifat suka menipu dan memperdayakan orang lain demi memperolehi keseronokan dan kepuasan diri sendiri..
7) Mereka orang yang pentingkan diri sendiri.
Bagi mereka apa yang mereka inginkan tiada siapa yang dapat menegahnya.Mereka ini tidak pernah memikirkan hati dan perasaan orang lain. Bila dah dapat apa yang mereka mahukan,mereka sesuka hati akan membuangnya..
8) Mereka orang yang suka menunjuk-nunjuk.
Bila mempunyai ramai kekasih mereka fikir diri mereka hebat,macho,cantik,kacak,lawa tetapi hakikat sebenarnya mereka cuba menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri dari orang lain.

Lots of Loves,
Ainol Aiza

Nota Kaki : So sebelum membuat keputusan tu fikir lah semasak-masak nya. Tak semua benda yang kita nak , kita dapat.  Betul tak?  Huhuuuu~ =)

Wednesday, April 4, 2012

kosong tiga kosong empat dua kosong satu dua


03hb April 2012 (11.30pm)

        Tiba-tiba rase nak call. Then bila call tak dapat. owh GOD!  He change number already mei? But why? *juz bagitau wants change number b4 this. Then today bila call tak dapat.* Mane number baru? Tak bagitau pown. So sad. Tadi bila call jew dapat pulak voicemail, air mata tiba-tiba jew menitis. Kenapa? Kenapa macam ni? Tak kan rindu kowt. Sedang kan hati aku dekat dia dah lame lupus+pupus. Then bila dengar lagu ni sambil call dia lagi menitis la air mata.
       Tadi aku beli number baru. Semalam dapat call number yang tak kenal. Aku call boleh pulak dengar orang2 bersembang. Itu siapa aku pown tak tau. Mungkin kah DIA? hurmmm.... Kebetulan number aku ngan orang yang call aku tu dah lebih kurang. Hurm camner tu? Seriously aku tak perasan. Then tadi belek-belek phone boleh pulak nampak number tu same with me. *Lebih kurang la. Siapa tu aku tak tau la.*
        Yang aku tau sekarang ni aku sedih. Tiba-tiba hilang macam tu jew. Adakah sementara atau selama-lama nyew? hurmmmm tak pew la. Layan jew la lagu kat bawah ni.

Allah tak duga kita kalau kita tak kuat. =')




Lots of loves,
Ainol Aiza

Nota Kaki : Kita sebagai manusia hanya mampu BERDOA. Sedih datang hanya sementara. Bersabar Ainol. Bersabar. Be cool. Juz smilez walaupun air mata anda menitis. Ok. cute! =')